Resipi Tanghoon .
Kerabu Tanghoon .
(bahan A)
Secekak Tanghoon-Angaran 1 cawan Tanghoon selepas dicelur
5 ulas bawang merah dihiris nipis
1/2 batang lobak merah- disagat memanjang
10biji tomato cerry dibelah empat -atau sebiji tomato biasa dicincang
8ekor sotong- saiz kecil dan direbus sebentar
5tangkai cili padi -dihiris
2 tangkai kacang panjang -dipotong pendek
(Bahan B- Untuk Sos)
3sudu besar kicap sotong
3sudu besar jus limau kasturi / limau nipis
2sudu besar gula
1tangkai daun ketumbar dicincang - jika suka
1ulas bawang- dicincang halus
(Bahan C)
Serbuk cili thai- pilihan untuk ditaburkan ke atas kerabu.
Cara membuat :,
1) Masukkan semua bahan B untuk sos didalam sebuah mangkuk dan kacau sehingga gula larut. ketepikan seketika
2) Rendam tanghoon kedalam air biasa selama 5minit hingga lembut. Setelah itu celur didalam air yang mendidh selama 10saat dan toskan
3) seterusnya masukkan semua bahan-bahan A kedalam mangkuk besar dan tuang sos yang telah dihasilkan tadi keatasnya lalu dikacau sehingga sebati.
4) Setelah kerabu siap, bolehlah ditaburkan sedikit serbuk cili ketika menghidangnya. Sedap digandingkan bersama nasi panas sebagai pembuka selera.
No comments:
Post a Comment